Setelah sekian lama, baru dapat update tentang pertandingan Sulaman Manik Kristal Piala FTIMDC 2010. Acara yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Besar Tun Rahah, Yayasan Tun Abdul Razak Kuala Lumpur. Dikelilingi oleh wanita-wanita yang memakai baju kebaya nyonya asli dihiasi dengan sulaman manik, kristal dan benang. Dapat jumpa ramai beaders fclub dan tentu sekali Rosita Jaafar pengasas ftimdc.Memang best.
Tahun ni tak dapat nak join sebab sibuk dengan belajar, lagipun tak cukup umur masa tu. Harap-harap dapat join tahun depan. Itu pun kalau ayah bagi. Ayah macam tak kasi je nak join.
Wajah-wajah ceria para pemenang. Tahniah diucapkan.
JUARA : Dhurah Mohd Drus (Diploma Fesyen 2009 di FTIMdc)
NAIB JUARA : Wan Norita (pelajar FTIMdc peringkat Sulaman Manik Tahap Tinggi)
TEMPAT KETIGA : Rozima Khalid (Pensyarah Kolej Komuniti Ulu Langat – pelajar FTIMdc dalam bidang Diploma Fesyen 2009
Cantiknya tertawan la .geram geram!!hehe.. LOVE it. Ramai mata-mata yang tertarik dengan baju nie. RJ pun suka. Kalah model yang catwalk atas pentas. hehe. Sangat kagum dengan hasil tangan kreatif Kak Rafidah. So beautiful. Gabungan warna yang menarik.
Yan dan Kak Rafidah
Pertemuan kami yang kedua. Kita jumpa lagi tahun depan ye akak.
Jumpa lagi beaders!
No comments:
Post a Comment